Thursday

Perbezaan Utama Penapis Air Kami Dengan Penapis Air Yang Biasa

5 Sebab Utama Kenapa Anda Harus Memiliki Penapis Air Mini Ini!

1. Menapis Dengan Bersih

Sungguhpun dengan saiz yang kecil, penapis air mini ini mampu menapis air di rumah dengan baik. Menanggalkan keladak kotor secara terus dari paip anda di rumah. Walaupun ada yang sudah membeli penapis air yang besar dan dipasangkan di luar rumah. Akan tetapi mereka masih lagi membeli penapis air kecil ini. Tidak kurang juga yang terus beralih kepada penapis air mini ini dan tidak lagi menggunakan penapis air besar yang dipasang di luar rumah. Kenapa?

Ini kerana penapis di luar rumah akan menapis air yang datang dari kawasan loji air sebelum sampai ke saluran paip di rumah. Akan tetapi adakah anda yakin saluran paip anda di rumah bersih dan tidak kotor, berkarat atau berkeladak? Dengan penapis air mini ini ianya akan membantu membuat tapisan air sekali lagi dari kepala paip di rumah yang terus boleh diminum tanpa risau akan kotoran pada saluran paip di rumah atau dari loji air. 

2. Mudah Dipasang Dan Ditukar Ganti

Bebeza dengan penapis air yang biasa digunakan di rumah-rumah, penapis air kami amat mudah dipasang seperti yang dapat dilihat pada video sebelum ini. Di mana bukan sahaja lelaki tetapi juga wanita, anak-anak atau mak ayah di kampung pun dapat memasang alatan ini dengan sendirinya kerana tidak memerlukan kerja pertukangan yang berat.

Ramai yang menjadikan penapis air ini sebagai hadiah kepada mak ayah di kampung. Mereka sering membuat penghantaran terus ke rumah orang tua mereka tanpa perlu mereka sendiri memberinya dan menunggu untuk balik kampung terlebih dahulu. Ini kerena orang tua kita sendiri mampu untuk memasangnya dengan mudah tanpa kerja tukang yang berat.

3. Mudah Untuk Di Bersihkan

Setiap penapis tak kira yang besar atau yang kecil seperti penapis air mini ini, ia harus dicuci bagi menjaga keberkesanan dan jangka hayatnya. Untuk penapis air ini kita hanya perlu mengosok ceramic tapisan penapis dengan kain kasar, span hijau atau berus lembut bagi membuang kotoran yang melekat. Hanya mengambil masa tidak lebih dari 5 minit untuk membuka, mencuci ceramic dan memasang semula. Kemudian boleh digunakan seperti biasa ianya amat mudah.

Sekali lagi kami tegaskan kami tidak mengalakkan anda mengosoknya dengan kertas pasir, ini bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat ceramic. Tidak lupa juga, jangan sesekali mencuci ceramic penapis dengan sabun atau bahan lain bagi mengelak air tercemar dengan sabun dan sebagainya.

4. Menjimatkan Ruang

Ramai yang tidak dapat memasang penapis air di rumah kerana ianya memerlukan ruang yang besar. Tak kira penapis yang diletakkan pada singki cucian kita apatah lagi yang perlu dipasang di luar rumah, ianya melibatkan ruang. Bagi rumah yang mempunyai ruang yang terhad, ini sering kali membantut niat mereka untuk mendapatkan kualiti air yang bersih. Bukan kerana tidak mampu atau tidak mahu tetapi keadaan dan ruang yang tidak mengizinkan.

Sedangkan dengan penapis air yang diletakkan pada singki di rumah kita sudah merasa sempit dan janggal untuk melakukan kerja-kerja mencuci. Inikan pula penapis yang diletakkan di luar rumah yang pasti akan memakan ruang yang lebih besar pada car post rumah atau belakang rumah. Belum lagi melibatkan mereka yang tinggal di apartment atau flat. Bagaimana pula jika anda ingin berpindah rumah, tentu banyak yang perlu dilakukan seperti membuka dan memasang semula.

5. Murah Dan Jimat Kos

Tahukah anda penapis air besar yang dipasang diluar kawasan rumah setelah beberapa ketika ianya perlu diservis? Dan kos servis yang dikenakan kepada anda dalam lingkungan RM50-RM200 bergantung kepada jenis dan servis yang ditawarkan. Tidak termasuk alatan ganti yang mungkin perlu anda beli bagi mengantikan yang lama. Ini dinamakan kos maintenance.

Jika anda menggunakan penapis air kecil kami ini, anda tidak perlu risau mengenai kos maintenance kerana anda boleh membuatnya sendiri dan jika perlu pun anda untuk mengantikan alatan yang rosak seperti penapis ceramic dan ianya tidaklah akan memakan kos yang banyak. Percayalah. 

0 comments:

Post a Comment